Jamu Mak Dara Gold Serbuk

produk-jamu-ratu-mak-dara

Serbuk Jamu Mak Dara Gold

Produk Jamu Mak Dara Gold merupakan produk yang banyak digunakan oleh wanita masakini untuk mengurangkan masalah-masalah yg sering dialami oleh wanita dari pelbagai peringkat umur.

JMD merupakan satu produk herba tradisional warisan melayu yang menggabungkan ramuan akar kayu dan teknologi sains.

Khasiat produk Jamu Mak Dara Gold yang terkenal dapat membantu menyeimbangkan hormon wanita dan menyelaraskan mengikut keperluan sistem tubuh pengamal jamu ratu mak dara.

Harga: RM50.00
Code: PDW-1
Jamu Mak Dara Gold merupakan makanan tambahan yang diformulasi khusus untuk mengatasi masalah dalaman wanita.

Ianya bukanlah ubatan bersifat segera, ia direka khusus untuk merangsang gaya hidup sihat dan aktif apabila digunakan secara berkala dan konsisten berserta pemakanan seimbang dan senaman ringan.

Kecantikan dalaman wanita adalah amat penting untuk mengekalkan kesihatan yang berpanjangan dan kesihatan dalaman itu dapat dilihat sehingga terpancar menampakkan kecantikan tubuh. 

Selain itu Jamu Mak Dara Gold juga dapat mengurangkan ketegangan sendi dan otot, sengal-sengal badan malah ia baik untuk mereka yang menghidap Arthritis.

Kebaikan penggunaan Jamu Mak Dara Gold

Membuang dan mengurangkan angin dalam badan

Penghasilan angin dalam badan dalam disebabkan oleh pemakanan yang tidak seimbang dan pendedahan pada persekitaran yang kurang sihat. Pembuangan angin berlebihan dalam badan dapat mengurangkan masalah ketidakselesaan badan.

Mengurangkan masalah bau badan

Permasalahan bau badan busuk adalah normal bagi mereka yang berbadan besar dan sudah melahirkan anak. Pengamalan pemakanan tambahan dan diet seimbang dapat membantu mengurangkan masalah bau badan.

Membantu menyuburkan rahim

Tubuh setiap wanita berbeza mengikut individu. Perbezaan ini memerlukan setiap wanita memiliki sistem peranakan yang sihat dan subur, agar kitaran hormon berfungsi dengan lebih lancar. Ia juga memerlukan formulasi khas untuk mengekalkan keseimbangan nya.

Mengatasi masalah keputihan faraj

Keputihan atau lelehan lendir yang keluar dari faraj wanita ada pelbagai sifatnya dan berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain. Setiap 1 dari 3 wanita pasti mengalami masalah keputihan tidak kira status bujang atau yang sudah berkahwin. Masalah ini terjadi kesan dari pemakanan dan juga persekitaran wanita itu. Faraj yang sihat memerlukan penjagaan sempurna luar dan dalam.

Merapatkan faraj

Wanita sudah berkahwin dan pernah melahirkan anak lama-kelamaan akan mengalami fenomena otot faraj yang longgar. Bahan-bahan seperti akar serapat dapat membantu mengembalikan ketegangan otot dalaman agar dapat merapatkan kembali alat sulit bermasalah.

Menambah nafsu syahwat

 Kurang syahwat atau libido rendah merupakan penghalang terbesar bagi mereka yang sudah melahirkan untuk menjalin hubungan intim bersama pasangan.Kesihatan dan kelesuan dalaman badan wanita akibat bebanan kerja di rumah dan pejabat sering menjadi pemangkin pada kurangnya nafsu syahwat dalam hubungan intim. 
Amalan pemakanan jamu di samping senaman mampu membantu mengembalikan kesegaran tubuh badan wanita.

Memberi Tenaga

Kecergasan tubuh wanita menggalakkan kecerdasan minda. Wanita yang menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu, isteri dan bagi mereka yang berkerjaya amat memerlukan tenaga untuk melakukan tugas harian.

Membuang toksik dalam badan

Pemakanan seharian, pencemaran alam sekitar dan ketegangan dapat meningkatkan kuantiti toksik dalam sistem tubuh. Proses menyingkirkan toksik melalui pengamalan jamu dilihat mampu mengelakkan keracunan organ dalaman tubuh, mengurangkan masalah bau badan dan alat sulit serta melancarkan perjalanan darah.

Memperbaiki sistem kitaran haid

Banyak wanita yang tidak tahu tentang keperluan dan kepentingan kitaran haid yang teratur untuk menyingkirkan kotoran dalam badan seterusnya memastikan keseimbangan hormon Estrogen sentiasa di tahap terbaik.
Pelbagai kesan akan timbul sekiranya kitaran haid tidak teratur seperti kesuburan terjejas, pertambahan berat badan serta sukar mendapat kan cahaya mata.

Membakar lemak berlebihan

Lemak berlebihan menyebabkan pertambahan berat badan. Pembakaran lemak berlebihan menggalakkan penurunan berat badan, dapat mengekalkan barat badan yang ideal dan memperkemaskan penampilan.

Mengatasi masalah kemaluan berbau

Hasil dari amalan pengambilan jamu, pengurangan toksik dalam badan sekaligus dapat mengurangkan masalah bau badan dan masalah kemaluan berbau.

Mengurangkan kesakitan di bahagian pinggang

Kesakitan di bahagian pinggang merupakan kesan langsung dari gaya hidup aktif dan penggunaan otot pinggang secara eksesif.

Jamu untuk ibu lepas bersalin

Jamu Mak Dara Gold mampu mengurangkan masalah lemah tubuh badan terutamanya bagi ibu-ibu selepas bersalin
Ibu-ibu selepas melahirkan selalunya mengalami masalah lemah tubuh badan. Pemakanan tambahan yang serasi dapat membantu mengurangkan masalah lemah tubuh badan.

Previous
Next Post »